Sunday, August 8, 2021

Sukanya Kerja Last Minit

Hari tu SV mintak hantar progress report, actually dia email a month before dan mintak hantar pada 25/72021 secara hard copy dan soft copy.  Aku pun pelik kenapa dia nak hardcopy sedangkan sekarang ni kita lagi mudah marking secara google drive atau lain-lain atas talian.  Tetapi being a good student aku pun ikutlah kata dia amid the covid-19 ni aku dah agak dah mesti bungkusan aku akan stuck.  Lagipun staff kat J&T tu tanya nak urgent ke? I was like, yeah, nak urgent la (dalam hati nak je jawap kalau tak urgent, saya hanyutkan kat laut je cikkak!

Lepas dah settle tu aku pun rasa hilang beban di bahu for the time being.  Email dah, post pun dah, kira settle la.  If everything work well, bungkusan tu akan sampai dalam sehari dua lagi.

Rupanya, memang apa yang aku jangka terjadi.  Bungkusan tu tak sampai.  Hmmm bermaaf ampunlah aku dengan SV aku.  Malu jugak, nape la aku pilih pos last-last minit.  Tapikan semua tu diluar kawalan kita.  Banyak tempat pkpd sekarang ni, nok buat guane.

So nanti la aku cite bahagian ke 2, aku ni baru penat lelah isi borang pertandingan e-condev, mcm biasa aku buat keje last minit.  Deadline kul 12.00 jap lagi, kul 10.00 malam baru aku nak isi form.

Saturday, July 24, 2021

Pos Progres Report Esok.

Alhamdulilah,

Akhirnya aku rasa siap jugaklah apa yang SV aku mintak.  Hari tu dia mintak progress report kena hantar hujung bulan ni.  Pelajar sem 1 mesti ada Chapter 1 dan 2, tapi aku bagi extra suku Chapter 3.  She should be proud of me! hahahhaha.

Aku ni pulak dengan keadaan nak uruskan macam-macam..kerja kerja pentadbiran iCEPS, peperiksaan iCEPS, dengan supervision pelajar thesis.  Tapi bila SV minta siapkan kerja yang patut kita siapkan, kita buat je la.  Tema aku jangan sesekali lawan cikgu, biarlah dia betul ke dia salah ke..ada cara menegur dan berbincang.  Lagipun aku rasa I am blessed to have her.  Sangat cool.

And disebalik kesibukkan tu, aku tahu tu bukan alasan yang orang nak dengar.  Aku sendiri pun tak suka dengar alasan tu kalau aku jadi boss.  Even kita jadi lecturer pun kita takkan suka dengar alasan tu kalau students yang bagi.  So suka ke tak suka ke..sibuk ke, tak sibuk ke...covid makin mencanak ke aku tetaplah buat kerja.  2 minggu jugak la tak tidur awal.  Paling awal kul 3-4 pagi tu macam dah normal.  Sekarang dah pukul 12.53, aku rasa tidur awal kot malam ni.  Tapi orang yang tak lalui takkan faham, asyik asyik menyenakkan kepala aku. 

Esok kena ke office nak settlekan urusan kerja sikit, lepas tu pos terus progress report pada SV, alhamdulilah.  Maka bolehlah focus dulu pada supervision pelajar degree, presentation dan marking.

So tengoklah mcm mana nanti.  As progress report concern, aku main bantai je ikut kepandaian aku je ni.. aku rasa memang salah, tapi tak salah kalau mencuba buat.. tak de orang yang betul dan salah dalam membuat research. So I said to myself, buat je, don't afraid.  Hidup kena berani.

Thursday, July 22, 2021

Problem Statement

Tengah baiki problem statement. Untuk peringkat RP ni rasanya 2 atau 1 1/2 page dah cukup kot. Sebelum ni ada 4 page...ayoo panjangnya. Lepas baca tulisan Dr OT baru tersedar buat apa lah tulis panjang panjang. Better Short and precise lebih baik.

Wednesday, February 3, 2021

Masih Mengisi Borang Permohonan

Assalam Jumpa lagi. Semalam ada hubungi SV bagi tahu yang aku dah isi permohonan secara online melalui GSeA tu. Banyak benar nak kena isi rupanya. tengok je la contoh di bawah ini...jadi dengan keadaan sekarang ni memang akan ambik masa betul utk mengisinya. Padahal tak susahpun.
Next week kena sambung balik isi borang ni sebab ada satu ruangan tu kena attach dgn segala transkrip.. semua tu ada di office. Jadi Ahad ni kena masuk office dan kena cepat-cepatkan settle hal ni. Kalau tak makin lama makin serabut..

Tuesday, January 28, 2020

Seberapa Ketika

Seberapa ketika berdiam diri.  4 tahun daripada first posting dulu. 4 tahun dulu cuma berniat dan memasang angan-angan palsu sampailah ke saat wawasan 2020, baru aku berani untuk bergerak satu dua inci untuk menggapai angan anganku.  Satu dua inci, aku ingat aku bergerak rupanya aku tak kemana-mana selama ini.  Perasaan malas tu lebih teruk daripada perasaan mengata orang agaknya.
.
Like it or not, bermula pada saat ini aku cuba berani untuk mencuba. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan sagu. Cubalah menulis, mana tahu rezeki itu mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Cubalah, kalau tak bergerak memang tak kemana.  Apa yang nak dibanggakan dalam tempoh 5 tahun lagi? Cuma sekadar tukun tiruan yang dipandang sinis.  Mahu?

Saturday, January 2, 2016

My Second Blog

This is my second blog after www.plymouthpink.blogspot.com.  I created this second blog long time ago to help my friend setting up her online business but unfortunately, things wasnt as planned coz I messed up the same email address with my own blog so she actually cant use this blog coz we may share the same email address.  So I said to myself just to keep this blog coz I may never knew that I will use this blog someday.

Today as I was having my usual heavy breakfast and at the same time this thing came crossed my mind:

I want to do PhD. Yes I have to do it and I need to record my own journey.  I need to write all of them in my own blog.  Separately from my personal blog.  So I can share it with the rest of my friends who someday may follow my steps.  This is my early plan.  I dont even have my title but I think I have a blur vision to do something combining communication and IT and Shopping.  

Well got to stop here.  Hope to see in next posting.  I hope so.