Tuesday, January 28, 2020

Seberapa Ketika

Seberapa ketika berdiam diri.  4 tahun daripada first posting dulu. 4 tahun dulu cuma berniat dan memasang angan-angan palsu sampailah ke saat wawasan 2020, baru aku berani untuk bergerak satu dua inci untuk menggapai angan anganku.  Satu dua inci, aku ingat aku bergerak rupanya aku tak kemana-mana selama ini.  Perasaan malas tu lebih teruk daripada perasaan mengata orang agaknya.
.
Like it or not, bermula pada saat ini aku cuba berani untuk mencuba. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan sagu. Cubalah menulis, mana tahu rezeki itu mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Cubalah, kalau tak bergerak memang tak kemana.  Apa yang nak dibanggakan dalam tempoh 5 tahun lagi? Cuma sekadar tukun tiruan yang dipandang sinis.  Mahu?